Friday, 19 September 2014

Zheng He


Laksamana Zheng He

Zheng He ,atau Cheng Ho(1371 - 1433) ialah pelaut dan pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China. Dikenali juga sebagai Mah Sam Po (Cina Tradisional: 馬三寶, Cina Ringkas: 马三宝, pinyin: mǎ sān bǎo), beliau seorang panglima tentera laut, diplomat, penasihat, duta dan orang dalam politik.

Zheng He merupakan keturunan orang Hui, salah satu kelompok Muslim dalam negara China. Zheng He anak kedua dalam keluarga besar.Nama kelahirannya ialah Ma He. Bapanya Ma Hajji.  Walaupun Zheng He dilahirkan dalam sebuah keluarga beragama Islam, kepercayaan beliau belum dapat diketahui.

Zaman Zheng He merupakan zaman yang huru-hara. Semasa beliau berumur sepuluh tahun, Yunnan iaitu tanah kelahiran dan keluarganya telah diserang oleh kuasa Ming. Yunnan pada masa itu dikawal oleh Mongol. Ayahnya telahpun meninggal dunia dalam peperangan tersebut

Beliau mengetuai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam Melayu, Asia Selatan, Timur Tengah, dan juga benua Afrika, hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. Pelayarannya telah dirakamkan dalam karya "Sida-sida Sanbao ke Lautan Barat" (三保太監下西洋) atau "Zheng He ke Lautan Barat".

Dipercayai Zheng He merupakan seorang intelektual yang berfikiran terbuka. Hal ini sering dikaitkan dengan perhubungan Zheng dengan pelbagai budaya dan sistem kepercayaan yang memperluas pandangan dan perspektif beliau terhadap dunia. Sebab itu Zheng He dikagumi oleh Buddhists, Muslim dan Hindu sama sekali.

No comments:

Post a Comment