Saturday, 20 September 2014

Penjelajahan Zheng He

Tujuan

Tujuan penjelajahan Zheng He yang diarahkan oleh Maharaja Yongle atau Ming Cheng Zu berbeza-beza mengikut pendapat para ahli sejarah.

Tujuan utamanya  adalah untuk menjalankan perdagangan laut secara besar-besaran di samping menyebarkan kemashyuran Dinasti Ming ke negara-negara lain.

Terdapat satu lagi pernyataan tentang keinginan Maharaja Yongle untuk mencari Jianwen Di, anak saudaranya yang hilang selepas Maharaja melakukan rampasan kuasa (Kempen Jingnan).



Tujuan lain adalah untuk menghalau lanun Jepun yang melakukan kekacauan sehingga mengancam keselamatan di kawasan persisiran pantai.

Selain itu, penjelajahan ini bertujuan untuk mengelakkan kebangkitan tentera laut. Sekitar masa Kempen Jingnan, telah berlaku kebuluran dalam negara China yang diperintah Dinasti Ming. Oleh demikian, Ming Cheng Zu menggiatkan kerja pengangkutan makanan dari selatan ke utara.

Kesannya, permintaan terhadap tentera laut dan tentera darat meningkat pada masa tersebut.Apabila krisis kebuluran diselesaikan, permintaan terhadap tentera laut ini menurun pula. Demi mengelakkan pemberontakan tentera laut, Ming Cheng Zu mengagihkan mereka dalam rombongan pelayaran Zheng he. 

Penjelajahan Zhen He ke lautan Barat


Kesan

Negara China menjadi semakin maju bawah pemerintahan Dinasti Ming. Untuk mewarisi dan meningkatkan lagi kegemilangan yang bermula daripada pemerintahan Ming Tai Zu (pengasas Dinasti Ming dan juga ayahanda Ming Cheng Zu), Ming Cheng Zu mengadakan banyak langkah proaktif. Antaranya ialah membina  armada dan mengarahkan Zheng He untuk mengetuaiekspedisi ke Lautan Barat.

Kesan ekspedisi ini dapat dibahagikan kepada aspek dasar, pendidikan, ekonomi, pendidikan, dan sektor perbuatan.

Dalam konteks dasar, kehebatan Dinasti Ming pada masa itu telah dapat disebarkan ke rantau lain. Negara-negara tersebut meliputi Asia Tenggara sehingga ke benua Afrika. Apabila Zheng He pulang ke negaranya, ramai duta mengikutinya untuk melihat kehebatan Dinasti Ming.

Dasar berbaik-baik telah digunakan dalam pendutaan. Kesannya, hubungan diplomatik Dinasti Ming dengan negara-negara jiran telah terjalin manakala bagi yang sudah wujud, diperkukuh lagi. Sebagai contoh, hubungan China dengan Melaka dieratkan melalui pendutaan Zheng He ke Melaka.

Seterusnya, ekonomi juga dibangunkan kerana perdagangan maritim telah dapat berkembang. Tembikar merupakan barang mewah yang menjadi lambang negara China pada masa itu. Sebab itulah "China" (sejenis tembikar) menjadi nama negara China. Berlaku juga  perdagangan sutera pada masa itu.

Tembikar


Dalam pendidikan, Zheng He dapat dijadikan satu-satunya tokoh yang dicontohi pelajar. Sifat-sifat mulia yang dimilikinya perlu kita tiru untuk mejadi seorang pemimpin yang berwibawa.

Di samping itu, Zheng He telah menjadi satu tokoh yang amat dikagumkan oleh keturunan Cina di negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia. Terdapat tokong  yang dibina untuk menyembah Zheng He kerana beliau menjadi kebanggaan bangsa. Zheng He turut memainkan peranan dalam menyebarkan agama Islam ke negara sekitar China.

Penjelajahan ini juga meningkatkan bidang perbuatan kapal. Pembinaan kapal yang digunakan untuk penjelajahan melibatkan bidang sains, teknologi dan perbuatan. Tahap teknologi yang tinggi dapat dilihat melalui pembinaan kapal tanpa menggunakan sebuah paku.

Kapal replika Zheng He




Friday, 19 September 2014

Destinasi penjelajahan Zheng He

Dalam penjelajahan sebanyak tujuk kali, Zheng He mengetuai armadanya dan melakukan ekspedisi ke beberapa negara.
PelayaranWaktuTempat yang dijelajah
Pelayaran ke-11405-1407ChampaJawaPalembangMalakaAruSumatraLambri,CeylonKollamCochinCalicut
Pelayaran ke-21407-1408Champa, Jawa, Siam, Sumatra, Lambri, Calicut, Cochin, Ceylon
Pelayaran ke-31409-1411Champa, Java, Malacca, Sumatra, Ceylon, Quilon, Cochin, Calicut, Siam, Lambri, KayaCoimbatorePuttanpur
Pelayaran ke-41413-1415Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Cochin, Calicut, Kayal, PahangKelantan, Aru, Lambri,HormuzMaladewaMogadishuBrawaMalindiAden,MuscatDhufar
Pelayaran ke-51416-1419Champa, Pahang, Java, Malacca, Sumatra, Lambri, Ceylon,Sharwayn, Cochin, Calicut, Hormuz, Maldives, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden
Pelayaran ke-61421-1422Hormuz, Afrika Timur, negara-negara di Jazirah Arab
Pelayaran ke-71430-1433Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Calicut, Hormuz... (17 politics in total)

Zheng He


Laksamana Zheng He

Zheng He ,atau Cheng Ho(1371 - 1433) ialah pelaut dan pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China. Dikenali juga sebagai Mah Sam Po (Cina Tradisional: 馬三寶, Cina Ringkas: 马三宝, pinyin: mǎ sān bǎo), beliau seorang panglima tentera laut, diplomat, penasihat, duta dan orang dalam politik.

Zheng He merupakan keturunan orang Hui, salah satu kelompok Muslim dalam negara China. Zheng He anak kedua dalam keluarga besar.Nama kelahirannya ialah Ma He. Bapanya Ma Hajji.  Walaupun Zheng He dilahirkan dalam sebuah keluarga beragama Islam, kepercayaan beliau belum dapat diketahui.

Zaman Zheng He merupakan zaman yang huru-hara. Semasa beliau berumur sepuluh tahun, Yunnan iaitu tanah kelahiran dan keluarganya telah diserang oleh kuasa Ming. Yunnan pada masa itu dikawal oleh Mongol. Ayahnya telahpun meninggal dunia dalam peperangan tersebut

Beliau mengetuai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam Melayu, Asia Selatan, Timur Tengah, dan juga benua Afrika, hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. Pelayarannya telah dirakamkan dalam karya "Sida-sida Sanbao ke Lautan Barat" (三保太監下西洋) atau "Zheng He ke Lautan Barat".

Dipercayai Zheng He merupakan seorang intelektual yang berfikiran terbuka. Hal ini sering dikaitkan dengan perhubungan Zheng dengan pelbagai budaya dan sistem kepercayaan yang memperluas pandangan dan perspektif beliau terhadap dunia. Sebab itu Zheng He dikagumi oleh Buddhists, Muslim dan Hindu sama sekali.